Buku Disiplin Kelima terbitan Binarupa Aksara ini adalah terjemahan langsung dari judul aslinya The Fifth Discipline, sehingga perlu pemahaman yang mendalam untuk bisa memahaminya. Kerumitan bahasa yang digunakan, penganalogian dengan didukung oleh studi kasus menjadi salah satu alasan yang menuntut penghayatan lebih pembacanya. Kandungan buku memang baik.Ada baiknya pelajar diwajibkan membawa buku tersebut ke sekolah.Wajibkan pelajar membaca dan memahaminya.seperkara lagi 'wajibkan'pelajar memakai tandanama.Sebahagian pelajar ada yang pakai dan ada yang tidak.
TATACARA DISIPLIN MURID PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959 1.0 PENDAHULUAN Sekolah bukanlah sebagai badan pengajar sahaja. Ia mempunyai tujuan mendidik dalam ertikata yang lebih luas. Murid-murid sepatutnya mendapat bukan sahaja pengetahuan dan kebolehan intelektual yang diuji melalui peperiksaan, tetapi juga kebolehan intelektual, mutu moral dan social secara amnya, di mana ketiga-tiga aspek ini tidak diuji secara formal. 2.0 PIHAK BERKUASA DISIPLIN Peraturan 4, dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu, mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di sekolah itu.
Walau bagaimana pun, di bawah peraturan-peraturan tersebut Guru Besar diperuntukkan untuk menurunkan kuasa disiplin dan kuasa menjalankan hukuman kepada guru-guru lain yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu dan dalam menurunkan kuasa itu tertakluk kepada syarat-syarat atau had-had yang difikirkannya patut. Selain Guru Besar, Pendaftar Sekolah atau Pendaftar Besar juga diberi kuasa bagi menjaga disiplin di sekolah-sekolah. Apabila menerima perintah bertulis sama ada dari Pendaftar Sekolah atau Pendaftar Besar, Guru Besar di bawah kuasa yang diberi oleh Peraturan 6 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, hendaklah segera mematuhi perintah itu. 3.0 PERATURAN YANG HARUS DIPATUHI DALAM MENJALANKAN KUASA DISIPLIN 3.1 Di samping kuasa dan budi bicara yang diberikan kepada pihak berkuasa disiplin sepertimana yang diperuntukkan dalam undang-undang kecil, dalam pelaksanaannya, pihak berkuasa disiplin haruslah mengamalkan keadilan. Peraturan-peraturan yang lazimnya disebut sebagai ‘natural justice’ hendaklah juga diberi perhatian. 3.2 Hak untuk didengar (hearing).
Comments are closed.